Pages

Saturday, November 12, 2011

Pengemis kota

Pengemis tu duduk disitu
Dengan menadah tangan
Tanpa rasa malu
Demi sesuap nasi

Ah
Pengemis kota
Menagih simpati

Ah
Penduduk kota
Hanya melihat

Dan
Pengemis itu terus mengemis
Demi sesuap nasi

Thursday, November 10, 2011

Aku,burger dan Kuala Lumpur

"bro burger ayam biase satu"

"orait" balas brader burger dengan penuh semangat.

"Aik,naik lagi harga?bulan lepas 2.80.sekarang RM 3.00?" tanya gua kepada abang burger yang kamcing-tak kamcing la jugek dengan gua.

"Nak hidup Jak.tempat lain KL semua da rege ni" balas brader burger tersebut.

"Ohh.tapi ok la ni rege ni.tayah bagi baki syiling" balas gua.

"Haih,susah hidup kat kolumpo ni Jak.aku insan kecil dalam kotaraya yang besar" balas brader tu.

gua diam.senyap.suasana sunyi

Lepas tu burger gua siap.Gua makan kat dalam kereta sambil fikir balik kata-kata brader burger tadi.

"Pawer jugek brader burger tu punya ayat" tersenyum gua sendirian sambil makan burger mahal Kolumpo.Burger yang terhasil dari kehidupan kota yang menyesakkan.Burger yang nilainya mahal semahal harga untuk hidup di kotaraya besar.

Saturday, September 17, 2011

Hikayat cinta pertama

Like an old photograph, time can make a feeling fade, but the memory of a first love never fades away- Tim McGraw.

Pagi tu aku sedikit gentar.Hari ni aku akan menghadapi peperiksaan kemasukan ke sekolah Sri Al-Huda.Ya,sekolah private islamik yang power sehingga nak menjadi pelajarnya pun harus ditapis melalui peperiksaan.

Aku masuk ke dalam kelas yang disediakan untuk peperiksaan.Serius,ketakutan menguasai diri walaupun aku tahu aku genius dan antara top student semasa menuntut ilmu di Taski Ilham.

Aku mengambil tempat duduk.Nak terkencing.Aku memang ada tabiat nak terkencing jika gemuruh,ini terbukti bila aku terkencing di atas pentas semasa membuat persembahan hari guru di tadika satu masa dahulu.

Tiba-tiba,aku melihat ke arah kanan ku.Pappp.aku lihat satu senyuman manis dilemparkan seorang gadis,atau dalam konteks ini kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.Segala keresahanku hilang dan aku tenang menjawab peperiksaan kemasukan tersebut.

Ya,aku telah jatuh cinta.Cinta yang suci seorang budak darjah satu yang belum kenal apa itu seks,belum ghairah melihat payu dara wanita dan belum terdedah dengan nafsu buas.Cinta yang sangat suci,hanya kerana seorang kanak-kanak perempuan memberikan senyuman ketenangan kepadanya.

Ditakdirkan kelas kami berlainan,tetapi aku mendapat tahu dia adalah anak kepada salah seorang cikgu ku.Cikgu tu baik dengan aku,tetapi sebagai seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang rasional,tidak mungkin aku berani pergi ke arah cikgu tu dan berkata "cikgu,saya suka anak cikgu".ahh.tak mungkin.

Masa berlalu,aku terus dalam diam menyukai budak itu sambil rakan sebayaku yang lain lebih gemar bermain polis sentri sehinggalah hujung tahun darjah 4

Pada suatu petang minggu terakhir darjah 4,aku membeli ais krim pakcik ais krim.Sambil makan aiskrim,aku nampak gadis,atau lebih tepat kanak-kanak perempuan itu duduk di satu sudut kantin.Aku hanya memerhatikannya dari jauh sehingga habis ais krim ditangan.Saat ais krim itu habis,kanak-kanak perempuan itu berlalu pergi.

Itulah kali terakhir aku melihat kanak-kanak perempuan itu kerana pada tahun berikutnya aku telah berpindah ke sekolah baru.sial.ahaha

Wednesday, September 14, 2011

Once upong a taing

Hari tu ada peperiksaan add math.Macam biasa gua kalau ada exam addmath je mula rasa nak demam.gua memang bebal sikit dalam addmath.Bak kata pepatah orang tua-tua,"tak melayu la kalau tak bebal add math".

Masuk dalam kelas,gua tengok member-member lain muka konfiden.sial.ini apa bomoh diorang pakai ni.takde rasa cuak langsung ke.ini betul punya shit,bisik hati gua.

Selang beberapa minit,cikgu masuk bawak kertas peperiksaan, "arghh,sudah" bisik gua kepada rakan sebelah gua,afan.afan hanya membalas dengan senyuman konfiden.panas hati betul gua tengok orang-orang konfiden ni.

"Bangun semua" presiden kelas gua telur dengan penuh dedikasi memberi arahan.sial.telur yang pemalas tahap cipan hutan tu pun nampak konfiden hari ni.gua toleh muka ke arah qoyum dan wan,dua lagi rakan sepemalasan gua.qoyum boleh lagi jelin-jeling mata dengan awek dia azira sambil wan tersengih sengih.konfius gua,ini exam addmath ke bahasa melayu lepas ni.

exam bermula,gua start dari exam sampai habis separuh masa pertama exam memang tak jawab apa-apa.gua dalam hati salahkan tokey kilang maggi,orang kata banyak makan maggi jadi bebal.nak menambahkan lagi panas hati,gua tengok wan,qoyum,afan,chao,telur malah seluruh ahli kelas 5 fairuz tu sibuk tekan calculator.sial.nampak macam gua sorang je bongok dalam hal ni.gua pun tekan calculator buat-buat tekun jugak.

tiba-tiba.

"pek,pek" bisik qoyum.gua dalam dengar tak dengar toleh kearah topek dan qoyum.topek,malaun ni memang gua tak tau apa dia makan.main-main dalam kelas sama banyak macam gua tapi genius.gua suspek dia makan katak kot.

gua nampak dengan mata gua kertas putih bertukar dari tangan topek ke tangan qoyum.sial.patut konfiden pun,bank jawapan ada.cikgu memang haram tak jaga dok leka baca paper kat meja guru.gua usha wan,wan hanya sengih.gua bagi isyarat menandakan lepas dia salin gua nak.dia angguk.kertas bertukar dari qoyyum kepada wan,akhirnya sampai ke tangan gua.gua pun dengan senang hati menyalin semua jawapan yang ada dalam kertas hikmat tu.

exam tu gua lulus.

Minggu lepas gua dapat berita Topek da terbang sambung belajar kat arab.gua suspect kalau gua tiru dia jugak SPM,da boleh terbang sama-sama duduk sebelah-sebelah dah.sial.ahaha

.

Tuesday, September 13, 2011

Kutu

"Kutu sejati takkan tido sebelum pukul 3 pagi.Tak remaja la tido awal"- mamat kutu senior area rumah gua.

penat jadi kutu ni.paling sakit masa raya orang kampung tanya belajar kat mana.ada rasa nak lempang pun ye jugak.tanyala dah makan ke belum ke,sihat ke tak.pasal ni la gua memang respek kutu-kutu otai yang lama berkecimpung dalam bidang ni tanpa rasa malu.penat sial tunggu november.

Tuah dan Jebat

Masa gua kecik pakcik gua cerita Tuah hero Jebat penderhaka.Gua sebagai kanak-kanak suci hanya angguk tanda setuju.Tapi semakin besar dah kenal dunia,ramai kata Jebat hero Tuah bongok.

Konklusi.gua rasa cerita Tuah Jebat tu cuma myth je.Nama pun Hikayat Hang Tuah.Lame

Monday, September 12, 2011

Evolution of humankind

Sengaja aku letak tajuk ala-ala filem sci-fi tahun 80 an sikit.

Haritu aku balik kampong aku,Pulai Chondong Kelantan,untuk merayakan perayaan Aidilfitri.Apa barang raya kat bandar ngan nepal,bangla dan indong ye dak?Satu malam dalam raya ketiga,aku gi gerai burger paling famous kat Pulai Chondong tu.Sial,burger ni memang nostalgia pasal zaman kecik-kecik time cuti sekolah aku selalu lepak kampung dalam 2-3 minggu dan dalam masa tu boleh kata hari-hari aku beli burger kat brader burger ni harga RM 1.20 je(aku ngan cousin kutip syiling je nak beli burger dia dulu)dan aku expect dia taruk dadah la dalam burger dia pasal makan burger dia ada satu macam punya feel lagi feel dari tengok lisa surihani wa cakap lu.Meningkat dewasa aku pun da tak lepak kat kampung sangat da lama tak pekena burger tu,adalah dalam 2-3 tahun tak rasa burger dia.Sekali aku pergi ngan cousin haritu.Ehh,burger dia baik punya da naik harga taraf-taraf harga burger kat KL.Rasa pun tak sedap.Siol.Rosak nostalgia

Time raya haritu standard raya alaf modern la mana main pergi raya rumah orang semua ni,semua dok tengok Movie je.Pastu tah jembalang mana pasang Final Destination 4,ramai-ramai layan dalam 12 orang,terdiri daripada pelbagai lapisan umur.Cerita tak membina minda langsung(bagi aku,Final destination 1 dan 2 je yang best start 3,4,5 semua craps).Tiba-tiba masuk satu part laki ngan perempuan baik punya beromen.Ah...sial,aku memalingkan muka ke arah lain,malu ni nak tengok sebelah ada cousin perempuan umur setahun muda dari aku.Cousin aku terus forwardkan cerita.Tiba-tiba adik sedara aku darjah 4 bersuara "ahh,ahhh,,ahhh"(ulang bunyi dari scene tadi) dan gelak dengan adik sedara aku darjah 3.Ah cibai.Ini ajaran apa ni umur 10 tahun da pandai bunyi-bunyi ghairah ni.Aku kalau boleh nak lempang je tapi bukan adik aku kan.Kakak budak tu pandang budak tu muka nak telan je.Aku sebagai paling tua kat situ da mula keluar arahan "budak-budak kecik takyah tengok la cerita ni,tak elok" muka serius.Tapi semua buat bodo.Cibai.cerita diteruskan sampai satu part one of the character sebut "fuck,fucking,fuck".Tiba-tiba lepas scene tu adik sedara aku darjah 3 tanya "fucking tu apa?".ahh.sudah.aku pun angkat kaki keluar dari bilik tu pergi tandas.Lepas aku keluar tandas cerita da habis.

Evolusi manusia.Dulu aku darjah 4 bukan kata seks,tengok perempuan pun tak stim langsung.Paling advanced pun zaman aku dulu sapa layan KRU dialah kira paling matang.Haihh.rosak dah budak zaman sekarang ni.Bila aku cerita benda ni kat kakak sedara sambil tanya apa punca budak sekarang macam ni,dia cakap "dah tu korang yang tua-tua ni kata budak-budak jangan tengok tapi korang tengok jugak,ibarat Pak menteri suruh rakyat marhein jangan boros tapi bini diorang dok shopping luar negara la".

Ahhhh...sudah.Makan dalam.

Friday, April 29, 2011

A short story.

.

Malam itu,kelas seni habis agak lewat.Hampir kesemua pelajar lelaki mempamerkan muka cekodok pisang yang menanti untuk ditelan.Ah.Mereka ada plan lain yang lebih menarik dari membuat latihan lukisan yang entah kali keberapa malam itu.Suasana yang sunyi di kawasan sekolah tidak membantu langsung dalam menaikkan semangat mereka.Mereka terpaksa pulang lewat seminggu dari rakan-rakan yang lain kerana kertas SPM Seni masih belum diambil.

.....................................................................................

"Camne plan malam ni?jadi tak?lembab la sial habis kelas" Aizat mengeluarkan soalan tentang keberlangsungan rancangan mereka."jadi-jadi.Malam ni semua budak nak kuar kot" balas Zaph yang duduk di sebelah.

Kelas tamat juga akhirnya.Kini,semua budak seni lelaki berkumpul di sebuah bilik.Kira-kira 12 orang budak lelaki yang tinggal.

"Ok,malam ni kita kuar asing-asing.Grup first kuar dulu." tutur Acheng yang sudah memang terkenal dengan keserbabolehannya mengeluarkan pandangan.Kesemua kepala mengangguk tanda setuju.6 orang pertama keluar dari kawasan asrama,berpakaian serba gelap.

Selang lima minit.....

Kelihatan 6 orang budak tadi balik ke asrama dengan wajah hampa dan sedikit ketakutan."Ada pakcik jaga bodoh malam ni,kitorang kantoi tadi,dia tunggu kat tengah jalan,kitorang cover kata nak gi kelas..seb baek dia agak bangang caye",tutur Acheng kepada semua budak yang masih tinggal."Ok,malam ni bukan malam-malam biasa.Ini luar biasa" Zaph mengeluarkan kata-kata dengan wajah maha serius konon saspen habis.Yang lain mengangguk-angguk mengiayakan kata-kata presiden kelas seni tersebut."Ok,malam ni kita keluar lagi kurang,keluar bertiga.Sapa nak ambik risiko keluar dulu?" kata Acheng sekali lagi menunjukkan keserbabolehan sambil yang lain sekali lagi mengangguk angguk.Hanya bunyi cengkerik bersahut.Tiba-tiba,"aku kuar dulu la." Zaph meningkah."aku pun" serentak Aizat dan Chao bersuara.

.....................................................................................

"Kita ikut jalan luar,jalan tar" kata Zaph kepada dua rakannya sebaik keluar kawasan asrama."Gila kau!,jalan tu open kot" balas Chao."Aku rasa jalan tu tade orang jaga.semua pakcik2 tu jaga jln dalam" terang Zaph."betol gak,the more danger,the more safe" Aizat mengeluarkan kata-kata yang dia sendiri tak paham pejadah.Mereka mencapai kata sepakat.

Mereka berlari-lari dari satu pokok ke satu pokok."Ni dah macam rambo bodo.."kata chao.Zaph mengetuai mereka dan ternyata dia memang pro habis dalam selok belok fly nih.Aizat dan Chao memerhati Zaph yang jauh kedepan dari mereka."Kau tengok tu,dah macam askar dah aku tengok,tertonggek-tonggek.Bontot dala memang tonggek" kata Aizat.Mereka berdua tertawa sebentar melihat telatah Zaph.

Mereka akhirnya selamat tiba di padang,berlindung di sebalik tempat duduk penonton."Fuh,memang dah macam cerita aksi la" kata Chao.Tiba-tiba,kedengaran bunyi motor melintas."Tunduk" bisik Zaph.Mereka meniarapkan badan dicelah kegelapan."Motor guard tu,dia round.kau roger budak kat asrama,jangan keluar lagi.bahaya" kata Aizat kepada dua rakannya.Zaph lantas menghantar pesanan ringkas kepada Acheng,pesanan amaran.

Mereka bertiga meneruskan perjalanan menuju ke penjuru sebelah sana padang,dimana terletaknya tembok pagar sekolah."Lecak bodoh,memang dah macam askar ni.Apa malang la malam ni" kata Zaph apabila padang agak basah pada hari tu.

Mereka tiba di kawasan semak berhampiran pagar yang akan memberi kebebasan kepada mereka sebentar lagi."I believe I can fly" kata Chao dengan tiba-tiba."Weyh,ada motor lagi tu,nak datang sini ke tu,kantoi mati ni" kata Aizat yang sudah kecuakan."bodoh..dia nak pergi belah sana.Yang kau nampak tu lampu motor.dalam gelap memang la nampak lampu dia sampai sini" kata Zaph.Mereka menarik nafas lega.

Tiba-tiba.

"Bala-bala" kata Chao."Asal?" serentak dua lagi rakannya bertanya."Kau tengok apa kat bus stop tu" kata Chao sambil menunjuk ke arah bus stop yang betul-betul berada di luar pagar sekolah.

Kelihatan seorang perempuan cina bercakap...Keseorangan..Tiba tiba dia mengamuk..Tiba-tiba dia menangis..Dan ketawa.Dan akhirnya,dia terus marah-marah dalam bahasa cina yang tak difahami.

"Haih..bulan cantik macam ni pun macam-macam hal" kata Aizat."Lepak dulu la,tunggu dia blah.Kua skang kalau dia serang kita tak mampos?" kata Zaph."Orang putus cinta ni,orang gila camni kalau ada pisau boleh je bunuh kita" kata Chao memperhibolakan keadaan.

Tidak lama kemudian perempuan itu menyeberangi jalan.Tanpa menoleh.Kereta yang lalu lalang membunyikan hon.Dia membalas dengan memaki hamun kereta-kereta tersebut.

Memang Psychokiller nih" kata Chao."aku ingat dia nak bunuh diri la tadi" kata Aizat.Mereka tertawa.Tanpa berlengah,mereka memanjat pagar untuk keluar.Pagar yang menghalang seribu kebebasan..

....................................................................................

"Aku ingat nak pekena tomyam semangkuk la" kata Chao sebaik berjaya keluar."Bodoh,tomyam tak tomyam,basuh kaki dulu,da penuh rumput ni.selekeh je" kata Zaph."Pakcik guard ngan pakcik2 yang jaga malam ni bajet da pro habis la na halang kita kuar mencari kebebasan." kata Aizat.Mereka tertawa dan melangkah sambil menghirup udara dan nikmat kebebasan malam itu.

-------------------------------------------------------------------------------------

Sapa yang tak pernah fly kalau duduk asrama memang skematic habis la kan.haha.Bestnya zaman-zaman tu.Konon adventure habis la.HAHA

Wednesday, April 13, 2011

Cool

2.30 pm,lokasi dirahsiakan.

Perut aku tiba-tiba memainkan bunyi-bunyian unik sebagai tanda amaran sebelum ia meletup kelaparan.Aku melangkah masuk kedalam sebuah restoran makanan segera bermaskotkan pakcik tua bajet comel,KFC.

.........

Aku memesan 1 set famous bowl,terpengaruh dengan iklan yang ada kat dalam tv.Tiba-tiba,satu bau wangi menusuk bulu-bulu hidung ku.Aku menoleh ke arah kanan.Kelihatan seorang perempuan yang sangat cun juga sedang menunggu makanan yang dipesan.Seperti biasa,refleksi diri apabila nampak perempuan cantik mestilah membuat muka sehabis cool sambil mengunyah chewing gum penuh bergaya.Tangan dimasukkan kedalam poket seluar,berdiri dalam posisi mengepak ala-ala ronaldo.

tiba-tiba.

awek cun:ermm..er..hey?

aku:ye? na mintak nombor ea?da agak da..saya da ada gf.tapi kalau nak jadi gf subtitute bole gak.

awek cun:(senyum)

aku:(wat muka pelik,masih lagi cool)

awek cun:tu,awak punya sepuluh ringgit jatuh.(sambil tunjuk ke arah not sepuluh ringgit di atas lantai)

aku membongkokkan badan lantas mengambil duit itu.Kebetulan makanan yang dipesan telah sampai.Aku mengambil makanan tersebut dan menoleh kembali ke arah awek cun itu,

aku:terima kasih.(senyum)

awek cun:takpe.sama2.jaga elok2 duit tu.poket bocor tu..(senyuman mentertawakan)

Aku terus berlalu pergi tanpa menoleh sedikit pun kebelakang,memastikan yang aku duduk jauh dari awek cun itu.Demmmmnnn..na bajet cool lagi kan.Depan awek cun duit bole cicir.Apa punya malu daa.

Tuesday, April 12, 2011

Jalan-jalan cari pasal.

.

"stesen berikutnya,mid valley".kedengaran suara awek operator ktm yang aku pun tak tahu cun ke tidak menyampaikan informasi.Aku turun apabila tren KTM sampai ke stesen Mid Valley.Menaiki tangga dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket sambil mengunyah chewing gum.

...................

Destinasi pertama kaki aku gatal sangat nak pergi mestilah Library paling best dalam dunia,MPH Mid Valley.Seperti biasa,ramai spesis-spesis macam aku sudah berada dalam perpustakaan itu untuk melakukan kerja mulia,baca buku free(jangan wat kedai mamak kalu tanak kena bebel).Setelah kira-kira dua jam menghabiskan masa menambah ilmu didada dengan membaca Fourfourtwo,utopia,wisel dan ROTTW,aku keluar dari MPH dengan satu perasaan yang puas.

Seterusnya,kedai TOPMAN.Aku melangkah masuk ke kedai Topman dengan langkah bagaikan anak datuk.Satu-satu baju aku belek dan intai harganya.Pekerja-pekerja Topman begitu mesra melayan aku(ahhh..ni mesti kes nak dapat anugerah pekerja bulanan nih).Setelah selesai dan puas,aku mengeluarkan satu ayat keramat,"takde yang ok la" dan melangkah keluar tanpa menoleh kebelakang.

Seterusnya,aku pergi dari satu kedai ke satu kedai.Dari kedai Nike sehinggalah kedai Sony.Melangkah melihat barang-barang yang mungkin boleh dibeli jika berkenan.Setelah 4 jam menghabiskan masa,aku mengambil keputusan untuk pulang.

Stesen KTM.

Abang kaunter:na g mane?

aku:Segambut.

Abang kaunter:RM 1.20

aku:nah.

kugapai dan kuberi duit itu yang diambil dari dompet.Dan dapat aku lihat,itulah duit terakhir yang masih ada dalam dompet ku.Inilah riwayat hidup seorang penganggur

nota:Aku bawak Rm 3.00 je..pergi Rm 1.20,balik Rm 1.20..