.
Malam itu,kelas seni habis agak lewat.Hampir kesemua pelajar lelaki mempamerkan muka cekodok pisang yang menanti untuk ditelan.Ah.Mereka ada plan lain yang lebih menarik dari membuat latihan lukisan yang entah kali keberapa malam itu.Suasana yang sunyi di kawasan sekolah tidak membantu langsung dalam menaikkan semangat mereka.Mereka terpaksa pulang lewat seminggu dari rakan-rakan yang lain kerana kertas SPM Seni masih belum diambil.
.....................................................................................
"Camne plan malam ni?jadi tak?lembab la sial habis kelas" Aizat mengeluarkan soalan tentang keberlangsungan rancangan mereka."jadi-jadi.Malam ni semua budak nak kuar kot" balas Zaph yang duduk di sebelah.
Kelas tamat juga akhirnya.Kini,semua budak seni lelaki berkumpul di sebuah bilik.Kira-kira 12 orang budak lelaki yang tinggal.
"Ok,malam ni kita kuar asing-asing.Grup first kuar dulu." tutur Acheng yang sudah memang terkenal dengan keserbabolehannya mengeluarkan pandangan.Kesemua kepala mengangguk tanda setuju.6 orang pertama keluar dari kawasan asrama,berpakaian serba gelap.
Selang lima minit.....
Kelihatan 6 orang budak tadi balik ke asrama dengan wajah hampa dan sedikit ketakutan."Ada pakcik jaga bodoh malam ni,kitorang kantoi tadi,dia tunggu kat tengah jalan,kitorang cover kata nak gi kelas..seb baek dia agak bangang caye",tutur Acheng kepada semua budak yang masih tinggal."Ok,malam ni bukan malam-malam biasa.Ini luar biasa" Zaph mengeluarkan kata-kata dengan wajah maha serius konon saspen habis.Yang lain mengangguk-angguk mengiayakan kata-kata presiden kelas seni tersebut."Ok,malam ni kita keluar lagi kurang,keluar bertiga.Sapa nak ambik risiko keluar dulu?" kata Acheng sekali lagi menunjukkan keserbabolehan sambil yang lain sekali lagi mengangguk angguk.Hanya bunyi cengkerik bersahut.Tiba-tiba,"aku kuar dulu la." Zaph meningkah."aku pun" serentak Aizat dan Chao bersuara.
.....................................................................................
"Kita ikut jalan luar,jalan tar" kata Zaph kepada dua rakannya sebaik keluar kawasan asrama."Gila kau!,jalan tu open kot" balas Chao."Aku rasa jalan tu tade orang jaga.semua pakcik2 tu jaga jln dalam" terang Zaph."betol gak,the more danger,the more safe" Aizat mengeluarkan kata-kata yang dia sendiri tak paham pejadah.Mereka mencapai kata sepakat.
Mereka berlari-lari dari satu pokok ke satu pokok."Ni dah macam rambo bodo.."kata chao.Zaph mengetuai mereka dan ternyata dia memang pro habis dalam selok belok fly nih.Aizat dan Chao memerhati Zaph yang jauh kedepan dari mereka."Kau tengok tu,dah macam askar dah aku tengok,tertonggek-tonggek.Bontot dala memang tonggek" kata Aizat.Mereka berdua tertawa sebentar melihat telatah Zaph.
Mereka akhirnya selamat tiba di padang,berlindung di sebalik tempat duduk penonton."Fuh,memang dah macam cerita aksi la" kata Chao.Tiba-tiba,kedengaran bunyi motor melintas."Tunduk" bisik Zaph.Mereka meniarapkan badan dicelah kegelapan."Motor guard tu,dia round.kau roger budak kat asrama,jangan keluar lagi.bahaya" kata Aizat kepada dua rakannya.Zaph lantas menghantar pesanan ringkas kepada Acheng,pesanan amaran.
Mereka bertiga meneruskan perjalanan menuju ke penjuru sebelah sana padang,dimana terletaknya tembok pagar sekolah."Lecak bodoh,memang dah macam askar ni.Apa malang la malam ni" kata Zaph apabila padang agak basah pada hari tu.
Mereka tiba di kawasan semak berhampiran pagar yang akan memberi kebebasan kepada mereka sebentar lagi."I believe I can fly" kata Chao dengan tiba-tiba."Weyh,ada motor lagi tu,nak datang sini ke tu,kantoi mati ni" kata Aizat yang sudah kecuakan."bodoh..dia nak pergi belah sana.Yang kau nampak tu lampu motor.dalam gelap memang la nampak lampu dia sampai sini" kata Zaph.Mereka menarik nafas lega.
Tiba-tiba.
"Bala-bala" kata Chao."Asal?" serentak dua lagi rakannya bertanya."Kau tengok apa kat bus stop tu" kata Chao sambil menunjuk ke arah bus stop yang betul-betul berada di luar pagar sekolah.
Kelihatan seorang perempuan cina bercakap...Keseorangan..Tiba tiba dia mengamuk..Tiba-tiba dia menangis..Dan ketawa.Dan akhirnya,dia terus marah-marah dalam bahasa cina yang tak difahami.
"Haih..bulan cantik macam ni pun macam-macam hal" kata Aizat."Lepak dulu la,tunggu dia blah.Kua skang kalau dia serang kita tak mampos?" kata Zaph."Orang putus cinta ni,orang gila camni kalau ada pisau boleh je bunuh kita" kata Chao memperhibolakan keadaan.
Tidak lama kemudian perempuan itu menyeberangi jalan.Tanpa menoleh.Kereta yang lalu lalang membunyikan hon.Dia membalas dengan memaki hamun kereta-kereta tersebut.
Memang Psychokiller nih" kata Chao."aku ingat dia nak bunuh diri la tadi" kata Aizat.Mereka tertawa.Tanpa berlengah,mereka memanjat pagar untuk keluar.Pagar yang menghalang seribu kebebasan..
....................................................................................
"Aku ingat nak pekena tomyam semangkuk la" kata Chao sebaik berjaya keluar."Bodoh,tomyam tak tomyam,basuh kaki dulu,da penuh rumput ni.selekeh je" kata Zaph."Pakcik guard ngan pakcik2 yang jaga malam ni bajet da pro habis la na halang kita kuar mencari kebebasan." kata Aizat.Mereka tertawa dan melangkah sambil menghirup udara dan nikmat kebebasan malam itu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Sapa yang tak pernah fly kalau duduk asrama memang skematic habis la kan.haha.Bestnya zaman-zaman tu.Konon adventure habis la.HAHA
jak : ko sala org nie jak..zaph cntct aku r..bukan acheng..meh aku gtaw kau trip2 nye er..
ReplyDelete1st trip : jak,zaph,chao
2nd trip : zul,acheng,fikri
3rd trip : naim,cikang,prashan
4th trip : mok,ohm,atuk
tu la planner...korg lead,kitorg kt asrama da bhgikan pde group n stiap group di'lead'kan oleh pakar2 fly terbaik mktb..
oh bagus penceritaan dia.Saspen kot haha.
ReplyDeleteAku penah fly.Sekali.Haha
zul:oh.aku igt zaph cntct acheng.haha
ReplyDeletekacang:bgus2.haha..
nice kn trip tu..hahahah...ngn zombie2 mktb..
ReplyDeleteaku pernah fly dengan tika kikar.. ^_^
ReplyDeletelepas tu balik, kantoi kitorang nampak atuk panjat pagar.. tapi kitorang buat2 tak nampak je..
hahahaha!!
wakaka...malu la aku kau cerita kat org jak.
ReplyDeleteitu kisah ramai2, kisah kita pekena tomyam kena kejar anjing x nak buat ke??haha
ehh zul.. setahu aku ZOMBIE maktab ada sorang je yang aku kenal.. ada yang lain ke?? ehem ehem..
ReplyDeletewey2..baek2 sket. ade yg terasa ni...
ReplyDeleteehem ehem (sakit tekak pulak..) ^_^
ReplyDeleteade r..buat utk mlm keSENIan tu je..hahaha...aku tawu zombie yg dimksudkan tu..tp aku trase mcm aku ade jmpe dalakula gak ouh..
ReplyDeletehek eleh zul... =.=''
ReplyDeletehaha..kelakar gila..eh azeema..plan nak fly dgn aku pun bkn ade ke?
ReplyDelete