Sengaja aku letak tajuk ala-ala filem sci-fi tahun 80 an sikit.
Haritu aku balik kampong aku,Pulai Chondong Kelantan,untuk merayakan perayaan Aidilfitri.Apa barang raya kat bandar ngan nepal,bangla dan indong ye dak?Satu malam dalam raya ketiga,aku gi gerai burger paling famous kat Pulai Chondong tu.Sial,burger ni memang nostalgia pasal zaman kecik-kecik time cuti sekolah aku selalu lepak kampung dalam 2-3 minggu dan dalam masa tu boleh kata hari-hari aku beli burger kat brader burger ni harga RM 1.20 je(aku ngan cousin kutip syiling je nak beli burger dia dulu)dan aku expect dia taruk dadah la dalam burger dia pasal makan burger dia ada satu macam punya feel lagi feel dari tengok lisa surihani wa cakap lu.Meningkat dewasa aku pun da tak lepak kat kampung sangat da lama tak pekena burger tu,adalah dalam 2-3 tahun tak rasa burger dia.Sekali aku pergi ngan cousin haritu.Ehh,burger dia baik punya da naik harga taraf-taraf harga burger kat KL.Rasa pun tak sedap.Siol.Rosak nostalgia
Time raya haritu standard raya alaf modern la mana main pergi raya rumah orang semua ni,semua dok tengok Movie je.Pastu tah jembalang mana pasang Final Destination 4,ramai-ramai layan dalam 12 orang,terdiri daripada pelbagai lapisan umur.Cerita tak membina minda langsung(bagi aku,Final destination 1 dan 2 je yang best start 3,4,5 semua craps).Tiba-tiba masuk satu part laki ngan perempuan baik punya beromen.Ah...sial,aku memalingkan muka ke arah lain,malu ni nak tengok sebelah ada cousin perempuan umur setahun muda dari aku.Cousin aku terus forwardkan cerita.Tiba-tiba adik sedara aku darjah 4 bersuara "ahh,ahhh,,ahhh"(ulang bunyi dari scene tadi) dan gelak dengan adik sedara aku darjah 3.Ah cibai.Ini ajaran apa ni umur 10 tahun da pandai bunyi-bunyi ghairah ni.Aku kalau boleh nak lempang je tapi bukan adik aku kan.Kakak budak tu pandang budak tu muka nak telan je.Aku sebagai paling tua kat situ da mula keluar arahan "budak-budak kecik takyah tengok la cerita ni,tak elok" muka serius.Tapi semua buat bodo.Cibai.cerita diteruskan sampai satu part one of the character sebut "fuck,fucking,fuck".Tiba-tiba lepas scene tu adik sedara aku darjah 3 tanya "fucking tu apa?".ahh.sudah.aku pun angkat kaki keluar dari bilik tu pergi tandas.Lepas aku keluar tandas cerita da habis.
Evolusi manusia.Dulu aku darjah 4 bukan kata seks,tengok perempuan pun tak stim langsung.Paling advanced pun zaman aku dulu sapa layan KRU dialah kira paling matang.Haihh.rosak dah budak zaman sekarang ni.Bila aku cerita benda ni kat kakak sedara sambil tanya apa punca budak sekarang macam ni,dia cakap "dah tu korang yang tua-tua ni kata budak-budak jangan tengok tapi korang tengok jugak,ibarat Pak menteri suruh rakyat marhein jangan boros tapi bini diorang dok shopping luar negara la".
Ahhhh...sudah.Makan dalam.
No comments:
Post a Comment