Pages

Thursday, May 17, 2012

cerita LRT .

Sejak tolak tambah kira kira setahun lebih dah lepas aku dapat lesen,memang aku eksyen tak berapa nak naik pengangkutan awam ni. Bukan pasal apa, pengangkutan awam kat Malaysia ni kadang kadang ada masa masa tu memang cilake petala kelapan dia punya servis. Itu pasal aku tak berapa bekenan. Tapi tadi ego tak ego aku kena jugek jugek naik lrt dari Bukit Jalil nak balik ke rumah. Beli tiket final FA punya hal lah ni.

Sebelum naik menunggu pengangkutan awam, bak kata orang orang tua bekalan kena cukup. Aku seperti biasa bebekalkan duit 1.20 pegi ke kedai runcit sebelah setesen lrt tu untuk membeli bekalan kosmo. Apa gila nak tunggu LRT campur KTM tanpa ada bahan bahan bacaan ye dak?

Kat kedai mamak masa aku nak bayar.. Jeng jeng jeng. Muncul satu makhluk tuhan yang lawo. Dah tentu la gadis, apa gila jejaka nak dikategorikan lawo? dari pakaian dia tak lain tak bukan atlit ni. Main sukan mende aku tak tahu lah pulak. Ting ting mungkin? tapi aku perati jela, yela, jarang atlit gadis-gadis ni lawa ye dak?.

"Topup celcom 5 ringgit ada ?" soal gadis tu kepada mamak yang aku kira memang aku lagi hensem. Ini tak tipu. Kalau nak kalah pun dari segi ketinggian jelah.kahkahkah

"Tarak" mamak tu jawab rilek.

Aku perati je gadis tu belalu pergi.Aku pun dah habis bayar paper ni.aku pun pergi la jugek.destinasi masing masing mesin tiket LRT.Itu jam pagi sangat,kaunter tiket LRT tak bukak lagi. Aku mesin nombor satu dari kiri, sedang elok gadis tu mesin nombor dua dari kiri.

Seperti harafiah kebiasaan lelaki,ada gadis cun kat sebelah mesti kaver kaver. Biar tak hensem mana janji kaver ye dak?aku pun dengan konfiden tekan Bandar Tasik Selatan. 70 sen. Aku gagau poket. Duit seringgit aku keluarkan. Sesaat aku jeling gadis tu.tengah nak masukkan duit jugek.kahkahkah.

Dan kemudian aku perati lama mesin tu. Ah sudah,ni mende ni. Mana tempat nak masuk duit ni. Itu tempat keluar tiket. Mana ni mana. Bukan fes time aku pakai mesin ni tapi mungkin kerana masih lalok sebab biasa pagi pagi macamni aku dalam alam mimpi atas katil lagi. AH sudah.Tiba tiba.

"Insert the notes there" kata gadis sebelah aku.sambil senyum tunjuk kearah lubang masukkan duit kertas.

"er.Thanks".Balas aku garu garu kepala.tak pandang dah muka gadis tu. Itu saat malu pun tak rasa malu macamtu.

untuk kaver kemaluan melampau,aku buat buat lambat ambik coin dengan baki 30 sen. Gadis tu dah berlalu pegi. Cilake,ni mende punye mesin ni. Bisik dalam hati,macam biasa,diri sendiri bangang mesin dipesalahkan.

Aku naik eskalator dan nak dijadikan cerita,gadis tu tengah duduk kat kerusi bedekatan eskalator. Sedang elok aku lalu depan dia, "ehem ehem". Amboi.mendehem sambil senyum perli.aku jeling je.lepas tu laju laju aku cari port jauh jauh.

"cilakak punya mesin LRT".

Sunday, May 6, 2012

Aku,maggi dan kaki paw.

scene lapar malam malam memang wajib ada dalam kamus hidup seorang budak asrama. Macam aku dulu dulu,asal malam je perut rasa tak sedap, kosong kosong macam lagu Najwa latif yang baru tu. Dan saat saat macam ni tak lain tak bukan mende yang paling syok ditelan adalah Maggi. Pawer betul maggi ni,entah sapa pencipta maggi pun aku tak tahu.salut salut.

Nak buat maggi ni kadang kadang kemain senang tapi kadang kadang kemain payah . Part yang payah tu bila kene round asrama cari bekas. cilakak. Cari Maggi kerje senang, suruh junior carikan. Siap boleh order nak perisa apa. Itu jam hitler pun tak sedemand aku. Bekas tak boleh suruh junior cari. Karang bekas bekas apa apa karang diorang bagi. Diorang ni bukan boleh percaya,dada penuh dendam.

Dah siap jumpa bekas, isi air panas. Masa isi perencah tu memang bau dia ada satu macam aku rasa nak terkam je maggi tu. Bagi anak dara dengan bagi maggi masa tu, serius aku pilih maggi. Tunggu sekejak, biar kembang dia kembang kembang kenyal.

Tibalah masa nak suap ke mulut,suapan petama.

"Woi jak,makan mende tu, sikit lah. Amboi, sorok-sorok. Membe membe takkan bekire" sapa kaki paw.

"Ah babi..kantoi pulak makan maggi. Aku dah baik punya tutup lampu ni" desis aku dalam hati, ikutkan nak cakap direct tapi kang kene pulau kang. Orang kedekut dikeji ramai.

Itu jam aku hanya mampu lihat dan tatap sesuap,dua suap,tiga suap malaun kaki paw paw maggi aku.

"Babi, kalau bukan member memang aku dah carut dengan carutan sepuluh minit dah ni" bisik hati aku.

Monday, April 9, 2012

Malam .

Lampu seberang jalan,
Bulan atas kepala,
Unggas berkaraoke,
Manusia sedang berdengkur.

Terang,
Malam abad dua puluh satu,
mana ada gelap.
Malam abad dua puluh satu,
mana ada sunyi.
Malam abad dua puluh satu,
mana ada kaku.

Diiringi muzik deruman kereta,
Diselangi bunyi eksoz motor,
Manusia sedang berdengkur,
Aku tak dapat tidur.

Wednesday, April 4, 2012

Cuti

Cuti,
bangun,
tengok matahari,
basi.

Pandang siling,
pandang dinding,
pandang cicak,
tolong aku wahai cicak,
aku terperangkap dalam jerat,
jerat kebosanan.

Katil jadi empuk,
gebar tahan sejuk,
bantal aku peluk,
baring aku terperuk,
mimpi aku jenguk.

12:16 cuti semester.

Anak muda.

Matahari naik,
bangunlah anak muda,
bangun mengembleng tenaga,
jangan siakan masa mudamu, bangkit bukan terkulai layu.

Teruskan melangkah wahai anak muda,
kejar impian kejar cita,
kalau tak sempat kejar berlari,
kejar pakai kereta.

Anak muda,
mesti pawer,
jangan lembik,
kalau taknak kena pijak.

Anak muda,
mesti kental,
jangan cepat putus asa,
kerna putus asa,
kerja orang tiada jiwa.

Bangkitlah anak muda,
bangkit demi negara,
bangkit demi agama,
bangkit demi bangsa.

Manusia berkepala tiga.

Dalam satu negeri,
Ada sorang manusia,
Manusia berkepala tiga,
Abang M,tengah I adik C.

Resam adik beradik,
Hari-hari gaduh,
Selalunyalah,
Abang gaduh dengan adik,
Tengah kena sepit.

Abang rasa dia tua,
kena dapat hak lebih,
Adik rasa takde tua muda,
Satu badan satu kemaluan,
sama rata saja.

Pagi petang gaduh,
Malam sebelum tido gaduh,
Masa makan gaduh,
Masa berak je tak gaduh.

Manusia berkepala tiga,
Tiga otak tiga mulut tiga suara,
Sapa betul sapa salah?
Apa ada kisah,
Tahi keluar ikut lubang yang sama jugak.