Pages

Thursday, May 17, 2012

cerita LRT .

Sejak tolak tambah kira kira setahun lebih dah lepas aku dapat lesen,memang aku eksyen tak berapa nak naik pengangkutan awam ni. Bukan pasal apa, pengangkutan awam kat Malaysia ni kadang kadang ada masa masa tu memang cilake petala kelapan dia punya servis. Itu pasal aku tak berapa bekenan. Tapi tadi ego tak ego aku kena jugek jugek naik lrt dari Bukit Jalil nak balik ke rumah. Beli tiket final FA punya hal lah ni.

Sebelum naik menunggu pengangkutan awam, bak kata orang orang tua bekalan kena cukup. Aku seperti biasa bebekalkan duit 1.20 pegi ke kedai runcit sebelah setesen lrt tu untuk membeli bekalan kosmo. Apa gila nak tunggu LRT campur KTM tanpa ada bahan bahan bacaan ye dak?

Kat kedai mamak masa aku nak bayar.. Jeng jeng jeng. Muncul satu makhluk tuhan yang lawo. Dah tentu la gadis, apa gila jejaka nak dikategorikan lawo? dari pakaian dia tak lain tak bukan atlit ni. Main sukan mende aku tak tahu lah pulak. Ting ting mungkin? tapi aku perati jela, yela, jarang atlit gadis-gadis ni lawa ye dak?.

"Topup celcom 5 ringgit ada ?" soal gadis tu kepada mamak yang aku kira memang aku lagi hensem. Ini tak tipu. Kalau nak kalah pun dari segi ketinggian jelah.kahkahkah

"Tarak" mamak tu jawab rilek.

Aku perati je gadis tu belalu pergi.Aku pun dah habis bayar paper ni.aku pun pergi la jugek.destinasi masing masing mesin tiket LRT.Itu jam pagi sangat,kaunter tiket LRT tak bukak lagi. Aku mesin nombor satu dari kiri, sedang elok gadis tu mesin nombor dua dari kiri.

Seperti harafiah kebiasaan lelaki,ada gadis cun kat sebelah mesti kaver kaver. Biar tak hensem mana janji kaver ye dak?aku pun dengan konfiden tekan Bandar Tasik Selatan. 70 sen. Aku gagau poket. Duit seringgit aku keluarkan. Sesaat aku jeling gadis tu.tengah nak masukkan duit jugek.kahkahkah.

Dan kemudian aku perati lama mesin tu. Ah sudah,ni mende ni. Mana tempat nak masuk duit ni. Itu tempat keluar tiket. Mana ni mana. Bukan fes time aku pakai mesin ni tapi mungkin kerana masih lalok sebab biasa pagi pagi macamni aku dalam alam mimpi atas katil lagi. AH sudah.Tiba tiba.

"Insert the notes there" kata gadis sebelah aku.sambil senyum tunjuk kearah lubang masukkan duit kertas.

"er.Thanks".Balas aku garu garu kepala.tak pandang dah muka gadis tu. Itu saat malu pun tak rasa malu macamtu.

untuk kaver kemaluan melampau,aku buat buat lambat ambik coin dengan baki 30 sen. Gadis tu dah berlalu pegi. Cilake,ni mende punye mesin ni. Bisik dalam hati,macam biasa,diri sendiri bangang mesin dipesalahkan.

Aku naik eskalator dan nak dijadikan cerita,gadis tu tengah duduk kat kerusi bedekatan eskalator. Sedang elok aku lalu depan dia, "ehem ehem". Amboi.mendehem sambil senyum perli.aku jeling je.lepas tu laju laju aku cari port jauh jauh.

"cilakak punya mesin LRT".

No comments:

Post a Comment