Pages

Saturday, September 17, 2011

Hikayat cinta pertama

Like an old photograph, time can make a feeling fade, but the memory of a first love never fades away- Tim McGraw.

Pagi tu aku sedikit gentar.Hari ni aku akan menghadapi peperiksaan kemasukan ke sekolah Sri Al-Huda.Ya,sekolah private islamik yang power sehingga nak menjadi pelajarnya pun harus ditapis melalui peperiksaan.

Aku masuk ke dalam kelas yang disediakan untuk peperiksaan.Serius,ketakutan menguasai diri walaupun aku tahu aku genius dan antara top student semasa menuntut ilmu di Taski Ilham.

Aku mengambil tempat duduk.Nak terkencing.Aku memang ada tabiat nak terkencing jika gemuruh,ini terbukti bila aku terkencing di atas pentas semasa membuat persembahan hari guru di tadika satu masa dahulu.

Tiba-tiba,aku melihat ke arah kanan ku.Pappp.aku lihat satu senyuman manis dilemparkan seorang gadis,atau dalam konteks ini kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.Segala keresahanku hilang dan aku tenang menjawab peperiksaan kemasukan tersebut.

Ya,aku telah jatuh cinta.Cinta yang suci seorang budak darjah satu yang belum kenal apa itu seks,belum ghairah melihat payu dara wanita dan belum terdedah dengan nafsu buas.Cinta yang sangat suci,hanya kerana seorang kanak-kanak perempuan memberikan senyuman ketenangan kepadanya.

Ditakdirkan kelas kami berlainan,tetapi aku mendapat tahu dia adalah anak kepada salah seorang cikgu ku.Cikgu tu baik dengan aku,tetapi sebagai seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang rasional,tidak mungkin aku berani pergi ke arah cikgu tu dan berkata "cikgu,saya suka anak cikgu".ahh.tak mungkin.

Masa berlalu,aku terus dalam diam menyukai budak itu sambil rakan sebayaku yang lain lebih gemar bermain polis sentri sehinggalah hujung tahun darjah 4

Pada suatu petang minggu terakhir darjah 4,aku membeli ais krim pakcik ais krim.Sambil makan aiskrim,aku nampak gadis,atau lebih tepat kanak-kanak perempuan itu duduk di satu sudut kantin.Aku hanya memerhatikannya dari jauh sehingga habis ais krim ditangan.Saat ais krim itu habis,kanak-kanak perempuan itu berlalu pergi.

Itulah kali terakhir aku melihat kanak-kanak perempuan itu kerana pada tahun berikutnya aku telah berpindah ke sekolah baru.sial.ahaha

1 comment:

  1. haha sweet la bila laki bercerita cemni!

    btw samela primary school but diff branches haha

    ReplyDelete