Pages

Saturday, September 17, 2011

Hikayat cinta pertama

Like an old photograph, time can make a feeling fade, but the memory of a first love never fades away- Tim McGraw.

Pagi tu aku sedikit gentar.Hari ni aku akan menghadapi peperiksaan kemasukan ke sekolah Sri Al-Huda.Ya,sekolah private islamik yang power sehingga nak menjadi pelajarnya pun harus ditapis melalui peperiksaan.

Aku masuk ke dalam kelas yang disediakan untuk peperiksaan.Serius,ketakutan menguasai diri walaupun aku tahu aku genius dan antara top student semasa menuntut ilmu di Taski Ilham.

Aku mengambil tempat duduk.Nak terkencing.Aku memang ada tabiat nak terkencing jika gemuruh,ini terbukti bila aku terkencing di atas pentas semasa membuat persembahan hari guru di tadika satu masa dahulu.

Tiba-tiba,aku melihat ke arah kanan ku.Pappp.aku lihat satu senyuman manis dilemparkan seorang gadis,atau dalam konteks ini kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.Segala keresahanku hilang dan aku tenang menjawab peperiksaan kemasukan tersebut.

Ya,aku telah jatuh cinta.Cinta yang suci seorang budak darjah satu yang belum kenal apa itu seks,belum ghairah melihat payu dara wanita dan belum terdedah dengan nafsu buas.Cinta yang sangat suci,hanya kerana seorang kanak-kanak perempuan memberikan senyuman ketenangan kepadanya.

Ditakdirkan kelas kami berlainan,tetapi aku mendapat tahu dia adalah anak kepada salah seorang cikgu ku.Cikgu tu baik dengan aku,tetapi sebagai seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang rasional,tidak mungkin aku berani pergi ke arah cikgu tu dan berkata "cikgu,saya suka anak cikgu".ahh.tak mungkin.

Masa berlalu,aku terus dalam diam menyukai budak itu sambil rakan sebayaku yang lain lebih gemar bermain polis sentri sehinggalah hujung tahun darjah 4

Pada suatu petang minggu terakhir darjah 4,aku membeli ais krim pakcik ais krim.Sambil makan aiskrim,aku nampak gadis,atau lebih tepat kanak-kanak perempuan itu duduk di satu sudut kantin.Aku hanya memerhatikannya dari jauh sehingga habis ais krim ditangan.Saat ais krim itu habis,kanak-kanak perempuan itu berlalu pergi.

Itulah kali terakhir aku melihat kanak-kanak perempuan itu kerana pada tahun berikutnya aku telah berpindah ke sekolah baru.sial.ahaha

Wednesday, September 14, 2011

Once upong a taing

Hari tu ada peperiksaan add math.Macam biasa gua kalau ada exam addmath je mula rasa nak demam.gua memang bebal sikit dalam addmath.Bak kata pepatah orang tua-tua,"tak melayu la kalau tak bebal add math".

Masuk dalam kelas,gua tengok member-member lain muka konfiden.sial.ini apa bomoh diorang pakai ni.takde rasa cuak langsung ke.ini betul punya shit,bisik hati gua.

Selang beberapa minit,cikgu masuk bawak kertas peperiksaan, "arghh,sudah" bisik gua kepada rakan sebelah gua,afan.afan hanya membalas dengan senyuman konfiden.panas hati betul gua tengok orang-orang konfiden ni.

"Bangun semua" presiden kelas gua telur dengan penuh dedikasi memberi arahan.sial.telur yang pemalas tahap cipan hutan tu pun nampak konfiden hari ni.gua toleh muka ke arah qoyum dan wan,dua lagi rakan sepemalasan gua.qoyum boleh lagi jelin-jeling mata dengan awek dia azira sambil wan tersengih sengih.konfius gua,ini exam addmath ke bahasa melayu lepas ni.

exam bermula,gua start dari exam sampai habis separuh masa pertama exam memang tak jawab apa-apa.gua dalam hati salahkan tokey kilang maggi,orang kata banyak makan maggi jadi bebal.nak menambahkan lagi panas hati,gua tengok wan,qoyum,afan,chao,telur malah seluruh ahli kelas 5 fairuz tu sibuk tekan calculator.sial.nampak macam gua sorang je bongok dalam hal ni.gua pun tekan calculator buat-buat tekun jugak.

tiba-tiba.

"pek,pek" bisik qoyum.gua dalam dengar tak dengar toleh kearah topek dan qoyum.topek,malaun ni memang gua tak tau apa dia makan.main-main dalam kelas sama banyak macam gua tapi genius.gua suspek dia makan katak kot.

gua nampak dengan mata gua kertas putih bertukar dari tangan topek ke tangan qoyum.sial.patut konfiden pun,bank jawapan ada.cikgu memang haram tak jaga dok leka baca paper kat meja guru.gua usha wan,wan hanya sengih.gua bagi isyarat menandakan lepas dia salin gua nak.dia angguk.kertas bertukar dari qoyyum kepada wan,akhirnya sampai ke tangan gua.gua pun dengan senang hati menyalin semua jawapan yang ada dalam kertas hikmat tu.

exam tu gua lulus.

Minggu lepas gua dapat berita Topek da terbang sambung belajar kat arab.gua suspect kalau gua tiru dia jugak SPM,da boleh terbang sama-sama duduk sebelah-sebelah dah.sial.ahaha

.

Tuesday, September 13, 2011

Kutu

"Kutu sejati takkan tido sebelum pukul 3 pagi.Tak remaja la tido awal"- mamat kutu senior area rumah gua.

penat jadi kutu ni.paling sakit masa raya orang kampung tanya belajar kat mana.ada rasa nak lempang pun ye jugak.tanyala dah makan ke belum ke,sihat ke tak.pasal ni la gua memang respek kutu-kutu otai yang lama berkecimpung dalam bidang ni tanpa rasa malu.penat sial tunggu november.

Tuah dan Jebat

Masa gua kecik pakcik gua cerita Tuah hero Jebat penderhaka.Gua sebagai kanak-kanak suci hanya angguk tanda setuju.Tapi semakin besar dah kenal dunia,ramai kata Jebat hero Tuah bongok.

Konklusi.gua rasa cerita Tuah Jebat tu cuma myth je.Nama pun Hikayat Hang Tuah.Lame

Monday, September 12, 2011

Evolution of humankind

Sengaja aku letak tajuk ala-ala filem sci-fi tahun 80 an sikit.

Haritu aku balik kampong aku,Pulai Chondong Kelantan,untuk merayakan perayaan Aidilfitri.Apa barang raya kat bandar ngan nepal,bangla dan indong ye dak?Satu malam dalam raya ketiga,aku gi gerai burger paling famous kat Pulai Chondong tu.Sial,burger ni memang nostalgia pasal zaman kecik-kecik time cuti sekolah aku selalu lepak kampung dalam 2-3 minggu dan dalam masa tu boleh kata hari-hari aku beli burger kat brader burger ni harga RM 1.20 je(aku ngan cousin kutip syiling je nak beli burger dia dulu)dan aku expect dia taruk dadah la dalam burger dia pasal makan burger dia ada satu macam punya feel lagi feel dari tengok lisa surihani wa cakap lu.Meningkat dewasa aku pun da tak lepak kat kampung sangat da lama tak pekena burger tu,adalah dalam 2-3 tahun tak rasa burger dia.Sekali aku pergi ngan cousin haritu.Ehh,burger dia baik punya da naik harga taraf-taraf harga burger kat KL.Rasa pun tak sedap.Siol.Rosak nostalgia

Time raya haritu standard raya alaf modern la mana main pergi raya rumah orang semua ni,semua dok tengok Movie je.Pastu tah jembalang mana pasang Final Destination 4,ramai-ramai layan dalam 12 orang,terdiri daripada pelbagai lapisan umur.Cerita tak membina minda langsung(bagi aku,Final destination 1 dan 2 je yang best start 3,4,5 semua craps).Tiba-tiba masuk satu part laki ngan perempuan baik punya beromen.Ah...sial,aku memalingkan muka ke arah lain,malu ni nak tengok sebelah ada cousin perempuan umur setahun muda dari aku.Cousin aku terus forwardkan cerita.Tiba-tiba adik sedara aku darjah 4 bersuara "ahh,ahhh,,ahhh"(ulang bunyi dari scene tadi) dan gelak dengan adik sedara aku darjah 3.Ah cibai.Ini ajaran apa ni umur 10 tahun da pandai bunyi-bunyi ghairah ni.Aku kalau boleh nak lempang je tapi bukan adik aku kan.Kakak budak tu pandang budak tu muka nak telan je.Aku sebagai paling tua kat situ da mula keluar arahan "budak-budak kecik takyah tengok la cerita ni,tak elok" muka serius.Tapi semua buat bodo.Cibai.cerita diteruskan sampai satu part one of the character sebut "fuck,fucking,fuck".Tiba-tiba lepas scene tu adik sedara aku darjah 3 tanya "fucking tu apa?".ahh.sudah.aku pun angkat kaki keluar dari bilik tu pergi tandas.Lepas aku keluar tandas cerita da habis.

Evolusi manusia.Dulu aku darjah 4 bukan kata seks,tengok perempuan pun tak stim langsung.Paling advanced pun zaman aku dulu sapa layan KRU dialah kira paling matang.Haihh.rosak dah budak zaman sekarang ni.Bila aku cerita benda ni kat kakak sedara sambil tanya apa punca budak sekarang macam ni,dia cakap "dah tu korang yang tua-tua ni kata budak-budak jangan tengok tapi korang tengok jugak,ibarat Pak menteri suruh rakyat marhein jangan boros tapi bini diorang dok shopping luar negara la".

Ahhhh...sudah.Makan dalam.